Antarabangsa

Serangan Masjid Burkina Faso, Puluhan Maut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NATIABOANI, 27 Februari 2024 – Jemaah Muslim termasuk pendakwah telah menjadi sasaran dalam satu insiden serangan ke atas sebuah masjid di timur Burkina Faso sehingga mengakibatkan puluhan maut, menurut laporan agensi berita antarabangsa.

“Individu bersenjata menyerang sebuah masjid di Natiaboani pada hari Ahad sekitar jam 5 pagi, menyebabkan beberapa puluh orang terbunuh,” kata sumber keselamatan semalam.

Penduduk tempatan pula berkata, mangsa kesemuanya beragama Islam dan kebanyakannya lelaki yang mana mereka datang untuk menunaikan solat Subuh.

“Pengganas memasuki bandar itu pada awal pagi. Mereka mengelilingi masjid dan menembak kearah jemaah yang berkumpul di sana untuk solat Subuh hari itu. Beberapa di antara mereka ditembak, termasuk seorang pendakwah yang penting,” menurut sumber tempatan lain kata laporan tersebut.

Sumber turut menyifatkan ia sebagai “serangan berskala besar” dari segi jumlah penyerang, yang turut mendatangkan kerosakan yang besar.

Untuk pengetahuan, Natiaboani merupakan komuniti luar bandar kira-kira 60km ke selatan Fada N’Gourma iaitu bandar utama di wilayah timur Burkina yang telah mengalami serangan berterusan oleh kumpulan bersenjata sejak tahun 2018.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: