Antarabangsa

Jemaah Masjid Diancam Lelaki Berparang Kerana Kejut Sahur

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BATAM, 15 April 2022 – Jemaah masjid diancam dengan kehadiran seorang lelaki berparang selepas mengejut penduduk untuk bersahur menggunakan pembesar suara.

Ketua Polis Lubuk Baja, Budi Hartono memaklumkan, supek bertindak sedemikian selepas merasakan tidurnya terganggu apabila dikejutkan untuk bersahur menggunakan pembesar suara dari jemaah masjid.

“Suspek mengakui membawa senjata tajam ke masjid untuk mengugut jemaah supaya tidak terlalu bising sehingga mengganggu tidur orang lain.”

BACA: Tahniah David Marshel, Waktu Untuk Tanggalkan Tudung Mereka

BACA: Surau-Surau Jerit Azan Sesama Sendiri. Sangat Bising – Siti Kasim

BACA: Kami Akan Cincang 60,000 Muslimah Bertudung Dengan Pedang – Pooja Veerashetty

“Dia malah mengakui tidak mempunyai niat untuk mencederakan mana-mana pihak, cuma mahu beri amaran,” ujarnya.

Baru-baru ini, sebuah rakaman video telah tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki telah memasuki masjid sambil mengacukan parang dan memaki hamun jemaah.

Jemaah yang gempar dengan kehadiran lelaki terbabit cuba untuk menenangkan suspek dan mengarahkannya untuk meletakkan senjata.

Namun usaha itu gagal apabila suspek enggan memberi kerjasama yang akhirnya menyebabkan berlakunya pergelutan.

Lelaki terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan dan kes itu telah diselesaikan antara suspek dengan pihak pengurusan masjid.

Leave a Reply

Back to top button