Antarabangsa

Dera Seksual Kanak-Kanak, Lelaki Bakal Dihumban Ke Penjara Wanita

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 29 September 2022 – John Stephen Dixon, ataupun kini lebih dikenali sebagai Sally Anne Dixon, seorang transgender didapati bersalah melakukan penderaan seksual ke atas tujuh orang kanak-kanak berdekad lalu kini dipenjarakan di penjara wanita HMP Bronzefield.

Menurut laman Polis Sussex, 5 kanak-kanak perempuan dan 2 kanak-kanak lelaki seawal usia 6 hingga ke 15 tahun telah saling disilih-gantikan oleh pemangsa ini dalam tempoh 7 tahun kegiatannya.

Dixon dijatuhkan hukuman penjara hanya selama 18 tahun dengan tambahan 2 tahun atas alasan memelihara kepentingan awam.

Dalam pada itu, sebuah portal setempat turut melaporkan bagaimana Polis Sussex diselar kerana ‘mempertahankan’ isu jantina Dixon apabila ia dipersoalkan oleh pengguna media sosial.

“Hai, Polis Sussex tidak bertoleransi dengan sebarang komen berbaur kebencian terhadap identiti gender mereka, tidak kira apa jua jenayah yang dilakukan. Ia tidak berkaitan dengan jenayah yang dilakukan dan disiasat,” tegas Polis Sussex melalui akaun Twitter mereka.

Hal tersebut kemudiannya dikecam oleh pengguna media sosial.

“Polis menyifatkan kenyataan berasaskan fakta tentang seorang penjenayah yang mendera kanak-kanak secara seksual sebagai ‘kebencian’. Tidak, ia bukan ‘tidak berkaitan’ – hampir semua jenayah seksual dilakukan oleh mereka yang ‘berjantina itu’,” jelas Helen Joyce melalui sebuah ciapan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: