Tempatan

Hakim & Ahli Politik Tidak Setia Sumpah Rabbani YDPA, Digesa Letak Jawatan – Profesor Naser Disa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 September 2022 – Dato’ Profesor Haji Mahamad Naser bin Disa yang juga Hakim Rayuan (Panel Sivil) di Mahkamah Rayuan Syariah Pahang menggesa hakim mahupun ahli politik yang tidak setia Sumpah Rabbani untuk meletak jawatan menerusi kenyataannya dalam Forum Isu Kenegaraan di siaran langsung Facebook Muwasolah Agamawan Dan Aktivis Memperkasa Institusi Raja-Raja (MAMPIR) Malaysia.

“Mana-mana hakim yang tidak bersetuju dengan pendirian Sumpah Rabbani, resign, letak jawatan, undurkan diri. Beri peluang kepada mereka yang taat setia pada Raja dan negara,” katanya.

Menurut beliau, sekiranya mereka enggan, peguam negara harus memainkan peranan bagi memastikan mereka yang terlibat dalam proses pemerintahan negara ini untuk taat setia kepada Sumpah Rabbani.

Bukan itu sahaja, beliau turut mengingatkan bahawa rakyat, terutamanya umat Islam yang mengangkat ahli-ahli politik yang mempunyai pemikiran untuk menghapuskan sistem Raja Berperlembagaan, pemikiran ke arah republikan, pemikiran yang mengatakan bahawa negara ini merupakan negara sekular, pemikiran yang mengatakan bahawa Islam hanya sekadar agama rasmi sahaja, maka mereka sedang melakukan pengkhianatan kepada negara.

Jelas beliau, mereka yang menyokong ahli politik yang berfikiran sedemikian dianggap terus-terusan melihat negara ini dalam keadaan melanggar Sumpah Rabbani tersebut.

Sebelum ini, beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Sumpah Rabbani merupakan kunci bagi Kedaulatan Negara di mana ia membawa maksud ikrar dan sumpah dengan nama suci Allah adalah sumber kedaulatan Negara – Sovereignty of Allah.

Maka itu, sebarang usaha untuk menukar prinsip Sovereignty of Allah itu merupakan suatu kesalahan Treason atau Penderhakaan di bawah Bab 6 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: