Tempatan

Tinggal 20% Pusat Pemulihan Islam, Kau Nak Bunuh Jugak? – Presiden PERKID

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 September 2022 – “Contoh di Ulu Langat sahaja, 80 peratus penagih dadah adalah orang Melayu, tapi tuan-tuan tahu, berapa banyak pusat orang Melayu punya dekat Ulu Langat, Ulu Langat kawasan black area? Sembilan buah rumah yang ada berdaftar dengan AADK tu, hanya dua buah yang Islam punya,” dedah Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Ustaz Masridzi Sat.

Beliau dalam satu kenyataan media berkata, walaupun 80 peratus penagih dadah adalah orang Melayu, namun pusat pemulihan Islam yang berdaftar dengan AADK hanyalah dua buah sahaja, manakala tujuh buah yang lain kepunyaan agama Kristian.

Oleh itu, beliau menyeru orang ramai agar tidak menabur fitnah sehingga mendatangkan mudarat kepada pusat pemulihan Islam berkenaan.

“Puak dia 20 peratus saja, tapi pusat dia 80 peratus, yang ada tinggal 20 peratus ni kau nak bunuh juga?” soalnya.

Katanya, biarlah pihak berkuasa yang melakukan siasatan berkenaan kes itu.

Sebelum ini, tular kes berkenaan seorang remaja mendakwa kononnya didera secara mental dan fizikal ‘ala militan’ di Madrasah Darussolihin sepanjang tempoh menjalani pemulihan dadah.

Namun, menurut keterangan pihak polis, setelah siasatan lanjut dilakukan, mereka mendapati tiada sebarang kecederaan berlaku seperti yang didakwa.

Remaja berkenaan kemudiannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan atas pertuduhan membuat laporan palsu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: