Tempatan

Deepavali: PLUS Keluarkan Jadual Perjalanan Elak Kesesakan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2022 – PLUS Malaysia mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) PLUS bersempena cuti perayaan Deepavali dan cuti tambahan persekolahan yang bermula hujung minggu ini.

“TTA bertujuan mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di lebuhraya, terutamanya di lokasi kritikal, plaza tol dan kawasan rehat sepanjang musim perayaan ini,” kata PLUS Malaysia dalam satu hantaran di Facebook.

WhatsApp-Image-2022-10-21-at-7.38.58-PM.jpeg?resize=446%2C446&is-pending-load=1#038;ssl=1

Kata PLUS lagi, Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) itu adalah inisiatif yang dilaksanakan bagi membantu orang ramai merancang perjalanan di lebuh raya.

Walau bagaimanapun, PLUS akan mengutamakan sebarang kerja segera atau kecemasan yang perlu dilakukan di laluan utama lebuh raya untuk memastikan perjalanan pelanggan lebuh raya adalah selamat.

Selain itu, PLUS turut memaklumkan pihaknya akan mengaktifkan ‘Smartlane’ di PLUS Wilayah selatan bergantung kepada keadaan trafik semasa di lokasi berikut:

1) Laluan di antara Persimpangan Senai Utara ke Persimpangan Kulai (Arah Utara) KM19.0 hingga KM27.0 pada 21 – 22 Oktober 2022 (mulai jam 10.00 pagi hingga 06.00 petang).

2) Laluan di antara Persimpangan Port Dickson Utara ke Persimpangan Seremban (Arah Utara) KM260 hingga KM263.1 pada 22 – 24 Oktober 2022 (mulai jam 12.00 tengahari hingga 10.00 malam).

Pengaktifan ‘Smartlane’ akan dilaksanakan sebagai Inisiatif PLUS dengan Kerjasama Polis Diraja Malaysia untuk menambah Kapasiti Lorong sedia ada serta membantu melancar dan menyuraikan trafik ketika musim perayaan Deepavali 2022.

PLUS juga menjangkakan 1.9 juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya kendaliannya sempena perayaan Deepavali dan cuti tambahan persekolahan dari 22 Oktober sehingga 26 Oktober ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: