Antarabangsa

Jangan Jadikan Pawagam Rejim Haram Aparteid Israel Sebagai Alat Menindas Rakyat Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SAMARIA, 02 September 2022 – “Kami menyeru Akademi Filem dan Televisyen Israel, ahli dan pemimpinnya, supaya tidak menjadikan pawagam Israel sebagai alat lain untuk menindas rakyat Palestin.”

Demikian intipati surat yang ditandatangani hampir 140 penerbit dan pengarah filem rejim haram aparteid Israel sebagai boikot terhadap Dana Pawagam Shomron, sebuah dana yang dipercayai sebahagian daripada mekanisme aparteid.

Antara yang menandatangani surat tersebut ialah Avi Mograbi, Rachel Leah Jones, Liran Atzmor, Yasmine Kini, dan Noam Sheizaf. Mereka mengatakan bahwa mereka tidak akan memohon dana tersebut, tidak akan terlibat dalam projek berkaitan dan tidak akan mencari pekerjaan di organisasi itu.

Mereka turut menggesa pihak pengurusan Akademi Filem rejim haram aparteid Israel agar menolak penganjuran Majlis Anugerah Ophir atau dirujuk sebagai ‘Oscar Israel’.

Jelas mereka, “Yayasan politik ini diketuai oleh Aster Alush, jurucakap Majlis Wilayah Samaria dan Yossi Dagan, Pengerusi Majlis Wilayah Samaria. Yayasan dan festival tersebut menjemput selebriti Israel untuk mengambil bahagian dalam pemutihan pekerjaan sebagai pertukaran kepada sokongan kewangan dan hadiah.”

Sejak kebelakangan ini, industri hiburan menjadi salah satu alat yang digunakan rejim haram aparteid Israel untuk menyembunyikan pencabulan hak asasi manusia dan penindasan terhadap rakyat Palestin sepertimana yang dilakukan Arab Saudi untuk menutup jenayah kemanusiaannya sendiri.

 

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: