Antarabangsa

Warganegara Rejim Haram Aparteid Israel Berminat Belajar Silat?!

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 06 September 2022 – Tular di media sosial seorang lelaki lengkap berbusana Melayu sedang mengajar silat di negara rejim haram aparteid itu seperti yang dikongsikan seorang warga maya.

Perkongsian itu dibuat Jon Escudero, Ketua Pengajar di Jon Escudero – Lightning Combatives yang berkongsikan gambar dan video sekitar seminar yang baru dianjurkannya itu.

Berdasarkan perkongsiannya di laman Facebook, dapat dilihat seorang guru yang memakai baju Melayu, bersampin, bertanjak dengan keris tersemat di pinggang sedang mengajarkan gerak langkah seni silat kepada beberapa orang peserta yang hadir.

Menurut Jon, guru yang mengajar seni silat tersebut merupakan kenalannya yang berasal dari United Kingdom (UK) bernama Glen Peter Lobo.

Tinjauan samudera.my di laman komen mendapati rata-rata pengguna media sosial teruja dengan penganjuran seminar silat itu.

“Keputusan yang baik dan nampaknya ia berjalan lancar. Inspirasi hebat dan satu usaha menyebarkan silat ke seluruh dunia!!” kata Brett Johnson.

“Syabas. Tahniah kerana berjaya menganjurkan seminar ini. Shalom dari Malaysia,” kata Bani Keturah Bani Melayu pula.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: