Tempatan

30 Tahun Kebal, Babi Jadi Raja, Penguat Kuasa Jadi Tikus

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEPANG, 15 September 2022 – Penduduk di sekitar Tanjung Sepat membangkitkan ketidakpuasanhati mereka dengan mempersoalkan penyelesaian bagi masalah pencemaran ladang ternakan babi yang berlarutan sejak 30 tahun lalu di kawasan berkenaan.

Lapor sebuah portal berita tempatan, tiada tindakan segera mahupun tindakan jangka panjang yang dilakukan oleh pihak berwajib biarpun masalah berkenaan sudah acapkali diadukan.

Seorang penduduk, Amir Sharifudin berkata isu yang telah berlarutan sejak sekian lama itu bahkan dijadikan bahan politik dari parti politik yang berkuasa.

Katanya, terdahulu, terdapat juga penduduk yang dibawa ke Jerman untuk melihat model ternakan ladang babi yang menggunakan teknologi bersih serta berjauhan dari kawasan penduduk.

Namun, projek ladang ternakan babi yang bernilai RM1 juta itu tidak dibangunkan selepas Kerajaan Negeri Selangor bertukar pemerintahan dan turut menjanjikan projek ternakan mega.

Penduduk bagaimanapun membantah cadangan tersebut kerana ia dibangunkan di kawasan yang berdekatan dengan perumahan bahkan penduduk turut mendesak agar ia dipindahkan ke kawasan yang jauh dari penduduk.

“Akibat bantahan itu, projek mega itu tidak dibuat dan disenyapkan dengan alasan penduduk tidak setuju. Sudah lebih 30 tahun saya tinggal di sini terpaksa hidu bau busuk dan ia lebih teruk apabila setiap kali selepas hujan dan mengganggu solat jemaah di surau.”

“Keadaan ini berlaku apabila ladang ternakan ini beroperasi tidak mengikut sistem betul. Sistem buangan sepatutnya perlu ada empat kolam sebagai tapisan sebelum disalurkan ke laut. Namun kita boleh tengok sendiri air yang dibuang sangat hitam dan mencemarkan laut,” kata beliau.

Senada dengan beliau, Presiden Perahu Layar Negeri Selangor, Abdul Aziz Abdullah turut menyuarakan pandangan yang sama apabila kewujudan ladang ternakan babi itu mematikan kawasan Tanjung Sepat itu yang dahulunya pernah dicadangkan sebagai kawasan eko pelancongan.

“Pihak berkuasa tidak mengambil apa-apa tindakan atau penguatkuasaan dilaksanakan ala kadar menyebabkan pengusaha ladang bermaharajalela dengan beroperasi tanpa mengikut sistem yang betul dan sewenang-wenangnya membuang sisa air buangan ke laut,” ujarnya.

Susulan itu, seorang lagi penduduk, Mazni Shamsuddin menyeru agar wakil rakyat kawasan itu mengambil isu tersebut sebagai isu utama yang perlu diselesaikan berikutan sistem operasinya yang tidak menepati piawaian dan menguntungkan pengusaha namun mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: