Parti ‘Hantu’ Di Seoul Bertukar Menjadi Tragedi, 154 Terbunuh
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SEOUL, 31 Oktober 2022 – Sekurang-kurangnya 154 orang terbunuh dalam kejadian rempuhan semasa sambutan Halloween yang diadakan di Itaewon, Seoul pada malam Sabtu lalu.
Horrible scenes from South Korea#지구에서년지성아_환영해 #southkorea #korea #halloween #Itaewon
NSFW pic.twitter.com/0enMWoCRD1
— 악마 (@mashsomethingyo) October 30, 2022
Selain warga tempatan, 20 daripada yang terkorban adalah warga asing berasal dari China, Jepun, Iran, Sri Lanka, Thailand, Uzbekistan, Vietnam, Norway dan lain-lain.
Pegawai berkuasa bomba berkata, mereka mendapat panggilan kecemasan pertama pada 10.15 malam.
“Hampir seratus adalah wanita manakala lebih 50 adalah lelaki, dan kebanyakannya berusia belasan tahun dan 20-an. Seramai 133 orang lagi cedera apabila pengunjung parti terjatuh dan dipijak.”
Susulan tragedi ini, pihak berkuasa Korea Selatan membentuk pasukan penyiasat bagi menyiasat punca sebenar kejadian.
The map shows the location of a deadly crowd crush in Seoul’s Itaewon neighborhood.https://t.co/yr1R2LZ6Hx pic.twitter.com/NaDBYgq5zi
— The Korea Herald 코리아헤럴드 (@TheKoreaHerald) October 30, 2022
Sementara itu, Presiden Yoon Suk-yeol telah mengisytiharkan tempoh berkabung nasional dan berikrar untuk menggerakkan semua sumber untuk membantu keluarga yang berduka dan menyiasat puncanya.
Perdana Menteri Han Duck-soo berkata bahawa kerajaan telah memutuskan tempoh berkabung akan berlangsung sehingga 5 November untuk menunjukkan ucapan takziah kepada mangsa.
Kerajaan juga akan menyediakan tempat di mana rakyat boleh memberi penghormatan dan penghormatan di pusat bandar Seoul.
Rempuhan itu disifatkan insiden terburuk di Korea Selatan sejak tragedi feri Sewol karam pada 2014 mengorbankan 304 nyawa, kebanyakannya pelajar sekolah menengah.
Sambutan itu merupakan acara Halloween pertama di Seoul dalam tempoh tiga tahun selepas negara itu menarik balik kebanyakan sekatan Covid-19.
Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden serta Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak menyampaikan ucapan takziah atas tragedi ini.
Jill and I are devastated to learn that at least two Americans are among so many who lost their lives in Seoul. Our hearts go out to their loved ones in this time of grief, and we continue to pray for the recovery of all who were injured.
— President Biden (@POTUS) October 30, 2022
Horrific news from Seoul tonight.
All our thoughts are with those currently responding and all South Koreans at this very distressing time.
— Rishi Sunak (@RishiSunak) October 29, 2022