Cuaca Panas Tahap 1, Malaysia Catat 5 Kawasan
KUALA LUMPUR, 11 Mei 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengesahkan empat kawasan di Semenanjung dan satu kawasan di Sarawak berada pada tahap satu (berjaga-jaga) bagi status cuaca panas.
Menurut data kemas kini cuaca panas yang dimuat naik di Facebook jabatan, empat kawasan di Semenanjung melibatkan Baling di Kedah serta Hulu Perak, Kinta dan Manjung di Perak.
BACA JUGA: Imigresen Kesan 9 Penempatan PATI Tahun Ini
BACA JUGA: Tindakan Bacul Rejim Zionis Israel Menyerang Semenanjung Gaza Perlu Dikutuk
BACA JUGA: MAPIM Gesa Anwar Tolak Segala Percubaan Normalisasi Rejim Haram Aparteid Israel
Sementara kawasan di Sarawak yang berada pada tahap satu ialah Mukah.
Tahap berjaga-jaga ialah apabila suhu maksimum harian setinggi 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
“Maklumat terkini status cuaca panas harian boleh dirujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” kata jabatan itu.