Kelab LGBT Rahsia, Ibu Bapa Murid Tahun 6 Saman Sekolah
COLORADO, 11 Mei 2023 – Ibu bapa murid tahun enam telah menyaman pihak Daerah Sekolah Poudre selepas guru dan pentadbir sekolah didakwa menggalakkan anak perempuan mereka menyertai kelab LGBTQ secara rahsia.
Lapor media, Institut Dasar Pertama Amerika dan Undang-Undang Illumine memfailkan saman bagi pihak dua keluarga iaitu Johnathan dan Erin Lee serta Nick dan Linnaea Jurich, di mana anak perempuan mereka bersekolah di Wellington Middle-High School.
Pihak sekolah dipercayai menggalakkan pelajar mereka menyertai kelab Gay-Straight Alliance (GSA) tanpa pengetahuan ibu bapa dan disarankan untuk terus bercakap mengenai poliamori, transgenderisme, identiti jantina, bunuh diri dan lain-lain lagi.
BACA JUGA: Cuaca Panas Tahap 1, Malaysia Catat 5 Kawasan
BACA JUGA: Hina Islam: Lelaki Persenda Ucapan “Assalamualaikum” Ditahan
BACA JUGA: Imigresen Kesan 9 Penempatan PATI Tahun Ini
Selain itu, tenaga pengajar sekolah berkenaan menjemput guru ganti, Kimberly Chambers yang juga merupakan Pengarah Eksekutif Supporting Pride Learning and Social Happenings (SPLASH) yang ‘berusaha mendidik murid sekolah mengenai topik seksualiti dan identiti jantina’.
Turut dilaporkan, menerusi sebuah ceramah kepada kelab sekolah, Kimberly telah ‘memberitahu anak muridnya bahawa sekiranya mereka tidak selesa sepenuhnya dengan badan mereka, itu bermakna mereka transgender’.
Dalam pada itu, para guru menyuruh pelajar berbincang tentang jantina yang diminati sekali gus menyediakan ‘kelengkapan LGBTQ’ kepada murid seperti mainan, bendera dan barangan lain jika mereka ‘keluar’ sebagai transgender.
Menurut tuntutan mahkamah, Johnathan dan Erin Lee memberitahu bahawa anak mereka mengalami ‘kemerosotan emosi selama berbulan-bulan kerana keliru mengenai jantina dan seksualiti, termasuk pemikiran membunuh diri, yang memerlukan kaunseling’.
Sementara itu, keluarga Jurich juga menyaman pihak sekolah ekoran layanan yang sama diterima anak mereka. Ujar Jurich, kesejahteraan anak perempuan mereka ‘merosot dengan ketara’ sehinggakan dia meminta untuk belajar di rumah.
Kanak-kanak perempuan tahun enam itu juga telah cuba membunuh diri dengan meminum peluntur dan sejak itu dia menyatakan bahawa keadaan emosinya terganggu apabila menyertai GSA.