Tempatan

JAGA-JAGA: Ribut Petir Bakal Landa Beberapa Negeri Tiga Hari Berturut-Turut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Mei 2023 – Ribut petir dijangka bakal melanda beberapa buah negeri selama tiga hari berturut-turut dari 11 Mei 2023 hingga 13 Mei 2023 ini.

Menurut ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pada 11 Mei 2023 (Khamis), negeri Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Tawau) akan dilanggar ribut petir di sebelah petang.

BACA JUGA: Penyanyi Coldplay Berkali-Kali Zahirkan Sokongan Kepada “Eljibiti” – Gerakan Pengundi Sedar

BACA JUGA: Cuaca Panas Tahap 1, Malaysia Catat 5 Kawasan

BACA JUGA: Whatsapp Tak Boleh Dipercayai – Elon Musk

Ribut petir di Pahang yang berlaku pada waktu petang itu turut dijangka berpanjangan sehingga malam.

11-Mei.jpg?resize=780%2C439&is-pending-load=1#038;ssl=1

Pada 12 Mei 2023 (Jumaat), ribut petir dijangka berlaku pada waktu petang dan malam di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Negeri Selangor, WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan turut dijangka dilanggar ribut petir pada waktu petang hari sama.

12-Mei.jpg?resize=780%2C439&is-pending-load=1#038;ssl=1

Manakala pada hari Sabtu, 13 Mei 2023 pula, beberapa tempat di Sabah dijangka menghadapi ribut petir dari pagi hingga malam.

Pada waktu petang pula, ribut petir akan melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.

13-Mei.jpg?resize=780%2C439&is-pending-load=1#038;ssl=1

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: