Tempatan

Amaran Hujan Berterusan, Pihak Berkaitan Perlu Tingkatkan Tahap Kesiapsiaga – NADMA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Januari 2023 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengingatkan pihak berwajib bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan susulan pengumuman Amaran Hujan Berterusan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri (JPBN) dan Daerah (JPBD) hendaklah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang mungkin berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.”

Baca Juga: Hati-Hati, 3 Air Sungai Di Aras AMARAN Dengan Trend Menaik
Baca Juga: La Nina Dijangka Berterusan Sehingga Februari Ini
Baca Juga: Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Sehingga 7 Januari Ini

“JPBN dan JPBD juga dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan.”

Katanya, NADMA melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.

Terdahulu, METMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu sehingga 7 Januari ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: