Tempatan

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Berkuat Kuasa Sehingga Isnin Depan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Februari 2023 – Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora di perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 27 Februari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataannya memaklumkan angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan timur laut Condore dan barat laut Reef North.

BACA JUGA: Turkiye-Syria Digegar Sekali Lagi, 3 Terkorban

BACA JUGA: Etika Pemakaian Patuh Syariah Bakal Dikuat Kuasa Di Terengganu

BACA JUGA: Lelaki Tayang Gari & Pistol Ditahan

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” katanya dalam kenyataan itu.

Dalam pada itu, amaran kategori kedua turut dikeluarkan bagi kawasan perairan Condore, timur laut dan barat daya Reef North.

METMalaysia menjangkakan angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter bakal melanda sehingga berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Seterusnya, METMalaysia turut meramalkan angin kencang dan laut bergelora kategori pertama akan melanda perairan utara Bunguran, tenggara dan utara Reef North, Layang-Layang, Labuan serta Palawan.

“Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kilometer per jam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan tersebut sehingga Isnin depan.”

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” katanya

Sehubungan itu, orang ramai diminta sentiasa berwaspada dan ikuti arahan pihak berkuasa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: