Tempatan

MTL : Waspada Lakukan Aktiviti Luar Waktu Petang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Oktober 2023 – Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada dalam tempoh fasa akhir peralihan monsun dengan mengurangkan aktiviti luar pada waktu petang.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, ketika ini hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang kerap berlaku hingga menyebabkan tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif.

Jelasnya, kejadian itu berlaku dalam tempoh singkat terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

“Monsun Timur Laut dijangka bermula sekitar minggu pertama atau kedua pada bulan November.”

“Kita sekarang sudah berada di penghujung peralihan monsun yang menyebabkan berlakunya hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang.”

Muhammad Helmi berkata, cuaca itu berpotensi menyebabkan banjir kilat dan kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Berikutan keadaan semasa, orang ramai perlu lebih berwaspada ketika tempoh ini dan diminta untuk sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh METMalaysia..

“Maklumat seperti ramalan dan amaran cuaca boleh diperoleh melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan laman sosial rasmi Jabatan.”

“Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: