Tempatan

PERHATIAN! Hujan Lebat Berterusan Bakal Landa Pantai Barat Semenanjung

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan fenomena hujan lebat pada waktu pagi akan berterusan bagi kawasan-kawasan Pantai Barat Semenanjung untuk beberapa hari lagi.

Menerusi laporan cuaca pagi ini, jabatan itu memaklumkan ramalan itu dibuat berikutan pergerakan angin yang bertiup masuk daripada barat daya membawa bersama kadar kelembapan yang tinggi daripada Laut Selat Melaka.

BACA JUGA: Cuaca Panas Jejas Bekalan Ayam, Kematian Melonjak, Tumbesaran Terbantut

BACA JUGA: Cuaca Ekstrem Renggut 2 Juta Nyawa

BACA JUGA: Gelombang Haba 37°C, Pakar Gesa JKKP Keluarkan Garis Panduan

“Oleh itu, orang ramai khususnya yang berada berdekatan di pesisir pantai barat seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Barat Johor dinasihatkan untuk berwaspada dengan potensi hujan lebat pada waktu pagi untuk beberapa hari yang akan datang.”

Dalam pada itu, METMalaysia turut menasihati orang ramai supaya banyakkan minum air dan mengurangkan aktiviti diluar rumah terutamanya aktiviti di tengah hari berikutan keadaan cuaca yang masih lagi panas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: