Tempatan

METMalaysia Keluarkan Notis Amaran Cuaca 3 Hari Lebih Awal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 November 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) akan mengeluarkan amaran cuaca buruk dalam tempoh tiga hari lebih awal kepada orang ramai.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, ramalan itu dikeluarkan berdasarkan pada ketumpatan hujan yang berlaku.

“Walaupun tidak ada kaedah saintifik di dunia ini yang mampu meramal keadaan cuaca teruk ataupun tidak, kami dapat meramal ketumpatan hujan di satu kawasan dan dari situ kami akan mengeluarkan kenyataan hujan yang berperingkat sama ada berwaspada, buruk dan bahaya” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya juga akan sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi keselamatan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan memberi maklumat tentang ramalan cuaca semasa.

Katanya agar agensi berkenaan dapat menggerakkan logistik yang sedia ada ke kawasan yang mungkin berisiko untuk berlakunya perkara yang tidak diingini seperti banjir kilat.

Tambahnya, ia juga amat penting bagi mengelakkan Kerajaan mengalami kerugian besar akibat daripada kerosakan harta benda dan infrastruktur.

“MetMalaysia melaksanakan pelbagai cara bagi menyampaikan maklumat kepada orang ramai termasuk laman web, televisyen, radio selain platform media sosial serta aplikasi MyCuaca.”

“Malah, talian hotline MetMalaysia iaitu 1-300-22-1638 turut beroperasi 24 jam,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: