Tempatan

La Nina Dijangka Berterusan Sehingga Februari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Januari 2022 – Keadaan La Niña yang sedang berlaku ini dijangka akan berterusan sehingga Februari 2023 dengan kebarangkalian 50 peratus.

Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini, kebanyakan model iklim antarabangsa menunjukkan kitaran atmosfera di kawasan tropika konsisten dengan keadaan El-Niño Southern Oscillation (ENSO) adalah La Niña.

Dalam pada itu, negara yang berada dalam fasa Monsun Timur Laut (MTL) dijangka berakhir pada bulan Mac ini.

“Semasa tempoh MTL, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer per jam.”

Sepanjang MTL 2022-2033, empat hingga enam episod luruan monsun dijangka berlaku dan menyebabkan ombak besar serta laut bergelora di Laut China Selatan.

Beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka akan berlaku terutama di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia, barat Sarawak dan utara Sabah.

Tinjauan cuaca jangka panjang ini adalah berdasarkan konsensus ahli meteorologi melalui penganalisaan beberapa model tinjauan iklim terpilih NCEP Coupled Forecast System Model Version 2 (CFSv2), JMA Ensemble Prediction System (Tokyo Climate Centre), European Centre for Medium Range Weather Forecast (ECMWF) dan Seasonal Climate Forecast, International Research Institute for Climate Society (IRI).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: