Ribut Petir Dan Hujan Lebat Berterusan Sehingga Rabu Depan
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 03 Februari 2023 – Ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak pada sebelah petang dan malam sehingga 8 Februari ini.
Ramalan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada tengah hari semalam berdasarkan analisis model-model cuaca.
BACA JUGA : Hak Sabah & Sarawak, Bagaimana Dengan Hak Raja-Raja Melayu?
BACA JUGA : Perkampungan Haram PATI Di Nilai, MB Terkejut
BACA JUGA : Malayan Union: Harold MacMichael Ugut Sultan Kedah Supaya Akur?
“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara mengeluarkan laporan berkaitan kejadian bencana di seluruh negara.
Laporan yang dikeluarkan 6 pagi tadi menunjukkan jumlah mangsa banjir secara keseluruhan telah berkurangan iaitu 925 mangsa di Johor dan 480 mangsa di Sabah.