Cuaca Panas Luar Biasa Landa Semenanjung Malaysia Hingga Ahad
KUALA LUMPUR, 13 Mac 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan Semenanjung Malaysia khususnya di negeri-negeri utara Semenanjung akan mengalami cuaca panas luar biasa hingga Ahad ini.
“Berdasarkan analisis model-model cuaca, keadaan cuaca di Semenanjung dijangka kurang hujan dan boleh mengakibatkan suhu lebih panas dari kebiasaan khususnya di negeri-negeri utara Semenanjung sehingga 19 Mac 2023.”
BACA JUGA: Kerja Lebih Masa, Pengamal Perubatan Swasta Bangkitkan Isu Gaji
BACA JUGA: Kerajaan Perpaduan Kurang Legitimasi Di Kalangan Orang Melayu – Pemerhati
BACA JUGA: Parlimen Bakal Bentuk Jawatankuasa Khas Isu Palestin
Walau bagaimanapun, menurut jabatan itu, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka masih boleh berlaku di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung, Sabah serta Sarawak pada sebelah petang dan malam.
Semalam, METMalaysia mengeluarkan ramalan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak berkuat kuasa sehingga hari ini, 13 Mac 2023.
Kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong (Pusa & Betong).