Tempatan

Kementerian Kerja Raya Jamin Laluan Tak Terputus Ketika Banjir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KEPALA BATAS, 12 September 2022 – Kementerian Kerja Raya memaklumkan, pihaknya akan menjaga prasarana supaya tiada jalan raya terputus terutama jika berlaku banjir besar agar tugasan misi menyelamat berjalan dengan lancar.

Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kementerian bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bencana susulan amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) bahawa banjir besar dijangka melanda beberapa negeri di semenanjung pada November.

“Kementerian akan terus memantau jalan yang terjejas banjir untuk memaklumkan maklumat terkini kepada pengguna situasi semasa dan memastikan mereka mengelakkan laluan ini,” katanya pada Ahad lalu selepas menghadiri majlis pelancaran projek melebarkan laluan dari Permatang Pak Elong ke Jambatan Merdeka.

Tambahnya, bilik gerakan bencana di ibu pejabat dan daerah terlibat juga akan diaktifkan serta-merta bagi memantau keadaan banjir secara berkala berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Selain itu, beliau turut memaklumkan pihaknya akan menyediakan kenderaan serta peralatan lain untuk pasukan penyelamat di peringkat daerah atau negeri.

Dalam pada itu, beliau juga berkata kementerian akan memastikan Bajet 2023 dibentangkan bulan depan akan memberi tumpuan kepada menambah baik

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: