Tempatan

Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Bermula Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 08 November 2022 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA Malaysia) dalam laporan terkininya berkenaan ramalan cuaca bagi seluruh negara, telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada kepada empat negeri bermula hari ini.

Menurut laporan bertarikh 08 November sehingga 10 November 2022 itu, antara empat negeri tersebut adalah melibatkan negeri-negeri bahagian Pantai Timur negara iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Untuk negeri Pahang, kawasan yang dikeluarkan amaran tersebut adalah di Kuantan, Pekan dan Rompin.

Manakala, satu lagi negeri diletakkan di bawah amaran waspada tersebut adalah Johor yang melibatkan daerah Mersing.

Selain itu, bagi laporan penuh oleh METMalaysia pula, beberapa negeri diramalkan dilanda ribut petir selama tiga hari tersebut.

Antara negeri yang terlibat adalah Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Selangor, Melaka, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan juga Sarawak.

Semalam, samudera.my melaporkan bahawa hujan lebat dan ribut petir bakal berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, selama tiga hari bermula Isnin hingga Rabu.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), hujan lebat dan ribut petir berterusan selama tiga hari berturut-turut juga dijangkakan melanda Sarawak (Kuching, Samarahan, Betong, Kapit, Serian, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang) dan Sabah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: