Tempatan

Ribut Petir Bakal Langgar Sabah & Sarawak 4 Hari Berturut-Turut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Januari 2023 – Negeri Sabah dan Sarawak dijangka akan dilanggar dengan ribut petir dan hujan pada 17 hingga 20 Januari 2023 ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), ia berdasarkan kepada analisis model-model cuaca di mana penumpuan angin dijangka berlaku di Sabah serta tengah dan utara Sarawak.

BACA JUGA: 1.2 Juta Warga China ‘Hilang’, Jangan Hairan Jumlah Meningkat Kepada 2 Juta 3 Tahun Lagi – PPIM

BACA JUGA: Pesawat Nepal Terhempas, Terburuk Sejak 3 Dekad

BACA JUGA: Rimas ‘Dibuli’ EU, Malaysia Boleh Kekang Ekspot Minyak Sawit

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir dan hujan dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut,” kata METMalaysia

Tambah kenyataan sama, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang juga dijangka berlaku di barat Semenanjung pada sebelah petang dan awal malam dalam tempoh berkenaan.

Dalam masa yang sama, jabatan itu juga telah mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa pada 18-20 Januari 2023.

Oleh yang demikian, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: