Tempatan

BKM Fasa 4, 15 November Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BERA, 11 November 2022 – Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) fasa empat yang dijadualkan pada Disember depan akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November ini.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan mempercepatkan bayaran tersebut adalah bagi membantu penerima menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan November ini.

Katanya, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing dan pembayaran dijangka selesai pada 18 November ini.

“Pembayaran yang bernilai RM2.1 bilion ini akan memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang atau tiada pasangan.”

“Secara keseluruhannya RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan 8.7 juta penerima bagi tahun 2022.”

Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 15 November 2022 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi BKM melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: