Solat Hajat Berikutan Cuaca Panas Diadakan Hari Ini
KUALA LUMPUR, 01 Jun 2023 – Masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan melaksanakan solat hajat hari ini bagi memohon kesejahteraan buat negara dan masyarakat berikut keadaan cuaca panas dan kering.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam kenyataannya berkata, solat hajat akan dilakukan di Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
BACA JUGA: KEMAS-Yayasan Pahang Bakal Lahirkan 100,000 Huffaz Menjelang 2026
BACA JUGA: Tasik Kenyir Diiktiraf Sebagai Geopark Kebangsaan
BACA JUGA: EU Setuju Bincang Isu Regulasi Pemusnahan Hutan – TPM
“Negara sedang berhadapan dengan keadaan cuaca panas dan kering yang memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat dalam urusan seharian.”
“Sehubungan dengan itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus berdoa supaya cuaca kembali berada dalam keadaan baik.”
“Saya telah meminta masjid-masjid di bawah seliaan JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, untuk melaksanakan solat hajat pada 1 Jun,” katanya.
Dalam pada itu, masjid dan surau di bawah dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut diminta berbuat perkara sama.
“Masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga turut diminta untuk melaksanakan Solat Hajat pada tarikh sama untuk memohon kesejahteraan buat negara dan masyarakat.”
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sebelum ini menjangkakan Malaysia akan mengalami cuaca panas dan kering berpanjangan sehingga September, susulan permulaan monsun barat daya.