Tempatan

Imigresen Kesan 9 Penempatan PATI Tahun Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Mei 2023 – Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin telah mengeluarkan kenyataan bahawa setakat ini, jabatannya telah mengenal pasti sembilan penempatan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi tahun ini.

Dalam kenyataan tersebut, beliau juga turut menyatakan bahawa kebanyakan penempatan tersebut sudah diserbu oleh pihak imigresen, namun ianya tetap terus menerus ‘beroperasi’ atas pelbagai sebab.

BACA JUGA: Tiada Kenaikan Cukai Tanah Dalam Tempoh 5 Tahun – MB Pahang

BACA JUGA: Penempatan Terbongkar, PATI Bermalam Di Hutan Elak Ditangkap

BACA JUGA: KPKM Yakin Malaysia Boleh Tandingi Durian China

Menurutnya lagi, terdapat juga beberapa penempatan yang beroperasi di tanah persendirian, selain daripada tempat-tempat kediaman yang disewakan oleh warga tempatan kepada kelompok PATI itu.

Dalam kenyataan yang sama, Syamsul turut menyatakan bahawa terdapat juga beberapa kes di mana penempatan-penempatan PATI itu turut dihuni oleh warganegara Malaysia yang sah bersama dengan warga asing yang mempunyai dokumen yang sah.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sewaktu dalam sesi bersama wartawan ketika berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Imigresen yang berlangsung di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Katanya lagi, pihak mereka kini bersedia untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuklah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha untuk menangani isu ini.

Pihak Imigresen juga akan terus menerus membuat pemerhatian serta menjalankan operasi-operasi dalam memastikan kesemua penempatan haram itu dapat dibasmi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: