Antarabangsa

AS Tambah RM4.8 Bilion Dana Perang Kepada Ukraine

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 11 Mei 2023 – Amerika Syarikat (AS) pada hari Selasa lalu telah mengumumkan bahawa mereka akan memberikan tambahan dana perang sebanyak USD1.2 bilion lagi kepada Ukraine.

Pakej bantuan itu termasuklah dengan beberapa sistem pertahanan udara, artileri konvensional serta amunisi bagi melawan dron. Selain itu, dana tersebut turut melibatkan perkhidmatan penggambaran satelit beserta dana bagi latihan ketenteraan.

BACA JUGA: Pahang Mohon Peruntukan RM414 Juta Baiki Jalan Rosak

BACA JUGA: Lebih 11,000 Data Peribadi Calon Bocor, UiTM Mohon Maaf

BACA JUGA: Pakistan ‘Bergegar’! Mantan PM Ditangkap

Ukraine juga diumumkan akan menerima teknologi yang membenarkan integrasi di antara sistem-sistem pertahanan udara tempatan Ukraine dan pelancar pertahanan udara Barat.

Menerusi sebuah kenyataan yang dibuat oleh Jabatan Pertahanan AS, mereka menyatakan bahawa pihak Rusia telah melancarkan siri peluru berpandu terhadap Ukraine yang mana para tentera Ukraine telah dapat memintas serangan tersebut. Pakej yang bakal diberikan juga akan mengandungi amunisi bagi menembak sistem-sistem udara tanpa pemandu.

Namun bantuan terkini AS kepada Ukraine itu tidak akan sampai serta merta ke medan perang berikutan ianya perlu diperolehi terlebih dahulu daripada industri pertahanan serta rakan sekutu mereka.

Perolehan barang-barang yang disertakan dalam bantuan terbaharu itu adalah untuk mengelak daripada tentera AS berhadapan dengan kekurangan stok mereka sendiri.

Namun perkara itu juga menandakan bahawa bantuan tersebut akan mengambil masa yang lebih lama untuk sampai ke Kiev berbanding jika bantuan tersebut diambil secara terus daripada simpanan tentera AS.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: