Tempatan

Penstrukturan Semula Jabatan Imigresen, Wujud 285 Jawatan Baru

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

PUTRAJAYA, 12 Disember 2022 – Penstrukturan semula Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat melibatkan pewujudan 285 perjawatan baharu, lapor media tempatan.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, langkah ini diambil bagi memastikan laluan kerjaya yang lebih terjamin dan peluang kenaikan pangkat yang lebih luas dalam agensi tersebut.

Katanya, JIM mempunyai 14,412 kakitangan daripada 15,560 perjawatan dan 97 peratus daripadanya adalah daripada kategori kumpulan sokongan.

“Keadaan ini menyebabkan peluang kenaikan pangkat dan laluan kerjaya mereka terbatas walaupun terdapat dalam kalangan mereka yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi,” ujar beliau.

Selain itu, Saifuddin percaya langkah ini bakal memperkasakan keupayaan sumber manusia Imigresen Malaysia menerusi pewujudan jawatan baharu.

Beliau turut menyokong usaha yang sedang dilaksanakan ini iaitu jawatan-jawatan utama di peringkat pengarah dan timbalan pengarah akan difleksibelkan antara skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan skim Keselamatan dan Pertahanan Awam (KP).

“Penstrukturan ini sekali gus dilihat tidak memberikan implikasi kewangan kepada Kerajaan,” tambah beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: