Negara Rejim Haram Aparteid Israel Bakal Lulus 4,500 Koloni Pendatang
JERUSALEM, 19 Jun 2023 – Rejim haram aparteid Israel telah membentangkan kelulusan pembinaan beribu-ribu unit baharu di Tebing Barat yang diduduki, sekali gus jelas menentang bantahan antarabangsa terhadap pembesaran penempatan haram dan aktiviti rampasan tanah di wilayah Palestin yang diduduki.
Laporan media yang memetik dari sumber Israel berkata, rancangan untuk kelulusan 4,560 unit di pelbagai kawasan di Tebing Barat dimasukkan dalam agenda majlis perancangan rejim haram aparteid Israel yang bermesyuarat minggu depan.
BACA JUGA: SUHAKAM Perlu Ikut Perlembagaan Dan Tidak Terima Dana Asing – NGO Islam
BACA JUGA: Selepas Batal Lesen Judi, MB Perlis Janji Hapuskan Judi Haram
BACA JUGA: PM Nafi Pernah Arahkan Tindakan Diambil Ke Atas Sesiapa
Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, yang juga mengendalikan pentadbiran awam di Tebing Barat yang diduduki mengesahkan rejim Zionis itu akan meneruskan kempen pengembangan penempatannya.
Sebagai tindak balas kepada keputusan rejim haram aparteid Israel pada hari Ahad, HAMAS berkata bahawa rakyat Palestin akan menentang rancangan penempatan rejim Zionus dengan segala cara yang ada.
Didorong oleh sokongan dari bekas Presiden AS, Donald Trump, rejim haram aparteid Israel telah meningkatkan aktiviti pembinaan penempatan haramnya yang bertentangan dengan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Lebih 600,000 warga Israel tinggal di lebih 230 penempatan haram yang dibina sejak pendudukan rejim haram aparteid Israel di Tebing Barat dan Timur al-Quds pada 1967.
Di bawah Undang-Undang Antarabangsa, semua penempatan rejim Israel adalah haram. Majlis Keselamatan PBB turut mengecam aktiviti penempatan Israel di wilayah yang diduduki dalam beberapa resolusi pertubuhan itu.