Rejim Zionis Racun Tanah Palestin, Dedah New York University
TEBING BARAT, 28 Jun 2023 – Kajian New York University mendedahkan, rejim haram aparteid Israel meracun tanah Palestin sebagai strategi membina penempatan haram di Tebing Barat pada 1970-an.
Menurut laporan, maklumat terperinci mengenai tindakan kejam itu ditemui selepas 51 tahun kajian dijalankan oleh Taub Centre for Israel Studies di New York University dan semua data sejarah berkaitan penempatan Israel akan dikatalogkan.
Sementara itu, pengeluaran fail daripada Arkib Negara Israel telah memberikan akses awam kepada lebih sejuta dokumen membuktikan kekejaman rejim haram.
BACA JUGA: Isu Sekolah Islam Persendirian: Kerajaan Negeri Akan Bawa Ke MMKN
BACA JUGA: Malaysia Menang Lagi Kes Tuntutan Sulu
BACA JUGA: Logo Halal Palsu, KPDN Serbu Kilang Susu Kacang Soya Teluk Intan
Satu dokumen baru telah membongkarkan strategi penempatan haram di Tebing Barat, di mana puak rejim haram aparteid Israel akan mengusir rakyat Palestin daripada tanah mereka dengan alasan palsu untuk menjadikannya zon latihan ketenteraan.
Sekiranya mereka berkeras untuk menjaga tanah tersebut, tentera rejim haram aparteid Israel akan mensabotaj peralatan mereka sekali gus menggunakan kenderaan berat untuk memusnahkan tanaman rakyat Palestin.
Kemudiannya, pembersih tanaman akan digunakan untuk menyebarkan bahan kimia toksik ke tanah, yang berupaya membunuh haiwan dan memudaratkan manusia.
Minggu lalu, transkrip baru Arkib Israel mendedahkan usaha tentera Zionis merekrut bantuan Nazi Jerman bagi memerangi pihak berkuasa Mandat British di Palestin.