Tempatan

PATI Ejen Penyakit Malaria, Untut, Tibi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 September 2022 – Pendatang tanpa izin (PATI) bukan sahaja membawa masuk penyakit yang telah dihapuskan seperti tibi, tetapi boleh membawa masuk penyakit eksotik seperti kala azar (lalat pasir), malaria dan untut, lapor sebuah portal tempatan.

Menurut Pengarah Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (IRDI), Profesor Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, negara sumber tenaga seperti dari India dan Bangladesh adalah endemik bagi penyakit kala azar (Visceral Leishmaniasis), untut (kaki gajah/Filariasis Limfa) dan malaria.

Ujarnya, negara ini ada serangga pembawa kala azar. Kerana itu, tidak mustahil penyakit yang dibawa oleh nyamuk pembawa, Culex quinquefasciatus ini boleh muncul semula dalam kalangan penduduk tempatan disebabkan oleh kemasukan PATI dari negara-negara tersebut.

“Malah tidak mustahil juga penyakit kala azar menjadi endemik di negara kita. Kala azar atau juga dikenali sebagai Visceral Leishmaniasis adalah sejenis penyakit berjangkit yang mampu membawa maut,” katanya

Tambahnya lagi, penyakit ini sangat ketara di bandar-bandar kita yang sering berhadapan dengan longkang yang tidak diselenggara dengan baik dan tersumbat.

Profesor Datuk Dr Lokman meluahkan kerisauan ini berikutan penyakit seperti untut dan kala azar tidak tersenarai dalam senarai ujian saringan di bawah Program Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) kerana kos ujian yang tinggi yang akan membebankan majikan.

Menyentuh isu penyakit tibi, Dr Lokman Hakim yang juga Profesor Kesihatan Awam, Sekolah Perubatan, International Medical University, Kuala Lumpur berkata, walaupun warga asing bukan punca utama penyakit ini, namun jangkitan tibi dalam kalangan warga asing jauh lebih sukar untuk dikawal menyebabkan ia menyumbang kepada penularan jangkitan kepada rakyat tempatan.

Kerana itu bagi beliau, penyakit bawaan vektor seperti malaria dan filariasis limfatik (untut), ia boleh dinyahkan daripada manusia, namun pembawa penyakit seperti nyamuk hampir sukar untuk dibasmikan.

Oleh itu, “Apa yang boleh dicapai ialah menamatkan penularan jangkitan (eliminasi penularan) dengan menghapuskan punca jangkitan (agen penyakit di dalam pesakit). Walaupun nyamuk pembawa masih ada, namun tiada agen penyakit yang boleh ditularkan, oleh itu tiada kejadian penyakit bawaan vektor berkenaan,” katanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: