Tempatan

PATI Semakin Berani, Musnahkan Ekosistem Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAGAN SERAI, 30 Julai 2022 – Tidak cukup hanya melakukan satu pekerjaan, warga asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) didapati mempunyai sekurang-kurangnya dua pekerjaan dalam satu masa.

Baru-baru ini seorang nelayan tempatan yang enggan dikenali memberitahu, PATI dan warga asing kini berani menjalankan kegiatan menebang pokok untuk dibuat tiang ampai iaitu kayu yang dipacak di laut sebagai tempat mengikat bot.

“Kegiatan penebangan pokok kayu bakau secara haram ini dikesan dilakukan di beberapa lokasi berhampiran perairan Kerian. Kegiatan itu dilakukan oleh PATI pada sebelah malam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.”

“Kebanyakan warga asing menebang kayu bakau di beberapa lokasi di kawasan Kuala Gula dan ia dilakukan PATI warga Indonesia.”

Menurutnya, dia pernah beberapa kali terserempak dengan PATI yang menebang dan mengangkut kayu-kayu bakau, dan PATI berkenaan akan memberikan alasan hanya mengikut arahan majikan apabila disoal nelayan tempatan.

Terdahulu, nelayan tempatan juga pernah melaporkan kegiatan aktif PATI yang menjadi nelayan dan menjaga rumah sangkar ikan atau kelong di perairan Kerian pada waktu malam.

“Ada juga yang pada waktu siang bekerja di tempat memproses belacan, bekerja di kolam udang dan di ladang kelapa sawit berhampiran namun di sebelah malam aktif turun ke laut,” katanya.

Nelayan itu mendedahkan, PATI akan mula turun ke laut pada waktu malam antara pukul 8.30 malam ke atas selepas mendapati agensi penguat kuasa tidak membuat rondaan di laut.

Katanya, selain mengerjakan kerja secara haram, PATI juga menggunakan alat penangkapan ikan yang tidak dibenarkan seperti penggunaan pukat Apollo, bubu naga untuk menangkap ikan di bawah batu nautika yang dibenarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: