Bimbang Kos Sara Hidup Naik, Rakyat Malaysia Hilang Harapan Terhadap Ekonomi Negara
KUALA LUMPUR, 03 Ogos 2023 – Ekoran bimbang tentang peningkatan kos sara hidup, rakyat Malaysia mula hilang harapan terhadap perkembangan positif ekonomi negara yang dijanjikan Kerajaan.
Tinjauan Institusi Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (INSAP) melaporkan, hal ini terjadi akibat kenaikan harga barangan dan makanan yang dijangka berlaku beberapa bulan akan datang.
Tinjauan tersebut melibatkan 292 responden dari Selangor dan Negeri Sembilan, di mana lebih 80% responden menuntut supaya langkah mengurangkan kos sara hidup dilaksanakan segera.
BACA JUGA: Elak Berkempen Sentuh Isu 3R – MB Pahang
BACA JUGA: Kemuncak Fenomena Hujan Meteor Perseids 13 Ogos Ini
BACA JUGA: PRN: “Saya Minta Kepada Chow Kon Yeow Untuk Beri Cuti” – Lim Guan Eng
“Walaupun tinjauan menunjukkan bahawa majoriti lebih 59% responden berpuas hati dengan pentadbiran semasa, kepuasan dalam kalangan responden Melayu khususnya adalah jauh lebih rendah berbanding responden Cina dan India.”
Tambahnya, hanya 35% responden Melayu berpuas hati dengan tadbir urus dan pengurusan ekonomi Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, manakala 40% pula membangkitkan rasa tidak puas hati.
“Ini berikutan penglibatan Kerajaan yang tidak mencukupi dalam isu arus perdana seperti kos sara hidup, yang telah memburukkan lagi kesan buruk kepada ekonomi,” kata INSAP.
Mengulas lanjut, badan pemikir itu turut mendedahkan, “Pemilik perniagaan telah menekankan kemerosotan dalam urus niaga runcit dan footfall, menimbulkan kebimbangan tentang keupayaan mereka untuk membuat wang mencukupi bagi membayar pinjaman dan membayar gaji pekerja kerana majoriti pelanggan tempatan kini mengurangkan perbelanjaan mereka.”