Tempatan

PRN: AS Didakwa Campur Tangan, Malaysia Bakal Duduk Bawah Telunjuk?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Ogos 2023 – “Sedang tersebar luas sebuah laporan yang mendedahkan bahawa negara Amerika Syarikat sedang cuba mempengaruhi Pilihan Raya Negeri (PRN) di negara kita.”

“Laporan ini agak mengejutkan dan amat membimbangkan apabila dinyatakan bagaimana peranan agensi Amerika dalam mencaturkan politik negara. Adakah selama ini adalah hasil percaturan Amerika?”

Soal Pengerusi Kepimpinan Zaaba (ZIL), Haji Aminuddin Yahaya merujuk kepada sebuah laporan yang dikeluarkan Murray Hunter, wartawan dan juga bekas profesor di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) baru-baru ini.

Menurut Haji Aminuddin, tidak ada negara yang akan selamat jika duduk di bawah telunjuk Amerika apatah lagi jika terhutang budi secara ‘personal’. Mereka tidak akan membenarkan kita bergerak bebas dan muncul sebagai satu kuasa.

BACA JUGA: Bimbang Kos Sara Hidup Naik, Rakyat Malaysia Hilang Harapan Terhadap Ekonomi Negara

BACA JUGA: Melaka Wujudkan Taskforce Tangani Konflik Haiwan Dan Manusia

BACA JUGA: Masjid Pinggir New Delhi Diserang Perusuh, Imam Maut

“Sebaliknya mereka akan tekan dan memaksa negara untuk mengikut telunjuk mereka. Pemimpin tidak lain hanya sebagai puppet semata. Adakah kita mahu negara kita sedemikian?” tegas Haji Aminuddin.

Justeru itu, beliau menggesa satu siasatan dijalankan ke atas pihak terlibat bagi mengesahkan perkara tersebut agar rakyat tahu dari mana sebenarnya dana parti-parti politik datang termasuk Kerajaan dan pembangkang.

Tambah beliau, “Kita tidak mahu masa depan negara kita ditentukan oleh orang lain yang tidak ada perasaan kasih kepada negara dan kecintaan kepada watan. Mereka hanya mahu memastikan segala kepentingan serakah dan nafsu mereka dipelihara sahaja.”

Mengulas lanjut, beliau turut meluahkan kebimbangan kerana ini bukan kali pertama dana luar masuk untuk menyokong mana-mana parti.

“Sefaham saya memang tiada undang-undang yang melarangnya kerana sehingga kini akta berkenaan pendanaan masih tiada, dan kerajaan mahupun pembangkang dilihat tidak serius pun untuk mengusulkannya di parlimen.”

Tegas beliau, “Jangan kerana kita terlalu teruja dalam persaingan politik yang begitu kompetitif hari ini sehingga kita lalai; tergadai segala-galanya di kemudian hari.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: