Ibu Bapa Patut Rancang Lebih Awal Persediaan Sekolah, Raya – Pakar
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PETALING JAYA, 02 Januari 2023 – Pakar menyatakan bahawa ibu bapa seharusnya merancang perbelanjaan sekolah dan raya lebih awal.
Menurut Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr. Mohamad Fazli Sabri, kegagalan dalam berbuat sedemikian menjadi punca berlakunya situasi ‘panik’ dalam kalangan ibu bapa.
BACA JUGA: “Bantu Kami Dengan Turunkan Harga Barang, Bukan Ajak Rakyat Memboikot” – PRMK
BACA JUGA: Covid-19: Kemasukan Ke Hospital Meningkat 6.3% Berbanding Minggu Sebelumnya
BACA JUGA: Siar “Murid SJKC Tak Minat Subjek Bahasa Melayu”, NST, BH Disiasat Polis
Katanya, persediaan itu sepatutnya sudah dirancang lebih awal malah bajet awal juga sepatutnya sudah berada dalam simpanan berikutan sesi baru baharu persekolahan serta sambutan perayaan merupakan sesuatu yang sudah sedia maklum akan berlaku setiap tahun.
“Semua ini adalah sesuatu yang kita boleh rancang lebih awal dan simpan bajet perbelanjaan. Yang jadi masalah apabila tak rancang dan tempuh saja bila tiba masa, itu yang jadi masalah,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, kos sara hidup sering dipersalahkan saban tahun tanpa mengambil maklum bahawa pengguna juga seharusnya memainkan peranan untuk melakukan perancangan awal.
Beliau mengutarakan kenyataan sedemikian sambil merujuk kepada Bantuan Awal Persekolahan dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang sepatutnya dirancang dan digunakan sebaiknya.
Baru-baru ini, ramai ibu bapa yang menyatakan keluhan melihat kepada kenaikan harga melibatkan barangan persekolahan dan berharap agar pihak Kerajaan mengawal harga Brangan keperluan persekolahan.