Tempatan

Dilema Kos Sara Hidup Tinggi, Pelajar Universiti Kerja Sementara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2023 – Semakin ramai pelajar universiti yang memilih untuk membuat kerja sementara dalam bentuk sambilan dalam menampung kos sara hidup di universiti serta bagi melunaskan beberapa tanggungjawab lain.

Ahmad, seorang pelajar tahun tiga sebagai contoh, kini bekerja sambilan yang mana ianya dapat menghasilkan sekitar RM900 ke RM1,500 sebulan.

Menurutnya, ramai daripada rakan-rakan beliau yang turut mengambil langkah yang sama bahkan ada di antara mereka yang menghabiskan masa bekerja lebih banyak berbanding masa untuk menghadiri kelas di universiti.

BACA JUGA: Penganggur Pilih Kerja: Menteri Dibidas Tiada Keazaman Politik Naikkan Gaji

BACA JUGA: Didakwa Menyalahi Undang-Undang, 137 Orang Asli Mohon Batal Status Islam

BACA JUGA: GEMPAR! Kubah Masjid Makassar Runtuh, 12 Cedera

Ahmad juga turut menyatakan bahawa terdapat juga pelajar yang bekerja lebih daripada 30 jam seminggu, dan ini menyebabkan mereka merasakan bahawa mereka lebih cenderung bekerja daripada bergelar pelajar.

Terdapat juga pelajar yang bekerja bagi menampung kos perbelanjaan di kampus, yang mana pinjaman pelajaran yang diperolehi adalah tidak mencukupi, tambahan pula ibu bapa mereka terpaksa meminjam bagi membantu kos sara hidup mereka di kampus.

Bulan Ramadan, bagi sebahagian pelajar adalah sebuah peluang bagi mereka berjimat cermat dan mengumpul dana bagi membantu para pelajar di kampus.

Bulan puasa juga membolehkan para pelajar mendapat peluang berjimat dengan berbuka puasa di masjid-masjid universiti dan membawa pulang makanan untuk dijadikan juadah sahur.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: