Antarabangsa

Presiden Baharu Argentina Ambil Langkah Ekonomi Mengejut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARGENTINA, 21 November 2023 – Presiden Argentina yang baharu dipilih menerusi pilihanraya baru-baru ini, Javier Milei telah menjanjikan ‘terapi mengejut’ untuk memulihkan ekonomi negara tersebut.

Milei yang berjaya mengatasi Menteri Ekonomi Sergio Massa dalam pilihanraya Ahad lalu telah menyatakan bahawa beliau akan mengambil langkah radikal untuk memulihkan ekonomi Argentina, termasuklah tindakan menutup bank pusat, menukarkan peso kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dan memotong perbelanjaan awam.

Argentina kini sedang berhadapan dengan hutang sebanyak $44 bilion yang sepatutnya dibayar kepada para pemilik bon antarabangsa dan International Monetary Fund (IMF) pada tahun 2024.

Menurut pengerusi kajian Latin Amerika di Institute of International Finance Martin Castellano, Argentina memerlukan jumlah surplus yang besar di tengah-tengah pelan penstabilan itu bagi menampung tunggakan.

Keadaan ekonomi negara tersebut telah membuatkan Milei berdepan dengan cabaran yang besar untuk memulihkan keadaan ekonomi dalam keadaan tabung kewangan negara yang kosong dan kadar inflasi yang hampir mencapai 150%.

Para ahli ekonomi memberi amaran bahawa menukarkan ekonomi yang bernilai $622 bilion kepada dolar itu sewaktu mana rizab antarabangsa negara tersebut sudah habis berpotensi menjatuhkan Argentina kepada sebuah lagi musibah inflasi melampau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: