Antarabangsa

Ekonomi Gaza Ambil Beberapa Dekad Untuk Pulih – UNCTAD

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 01 Februari 2024 – Ekonomi Gaza mungkin mengambil masa bertahun-tahun sehingga penutup abad ini untuk dipulihkan jika konflik di kawasan Palestin dihentikan serta merta, kata Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu laporan pada Rabu (31 Januari 2024).

Menurut laporan tersebut, UNCTAD menganggarkan bahawa ekonomi Gaza telah menyusut sebanyak 4.5 peratus dalam tiga suku pertama tahun 2023.

Walau bagaimanapun, konflik yang berlaku telah mempercepatkan lagi kemerosotan secara besar-besaran mengakibatkan penyusutan 24 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan penurunan 26.1 peratus dalam KDNK per kapita untuk sepanjang tahun itu.

Ahli ekonomi UNCTAD, Rami Alazzeh dalam laporan itu berkata, “Jika operasi ketenteraan semasa ditamatkan serta-merta dengan pembinaan semula dimulakan serta-merta dan trend pertumbuhan 2007-2022 kekal dengan kadar pertumbuhan purata 0.4 peratus, Gaza akan mengambil masa sehingga 2092 hanya untuk memulihkan tahap KDNK 2022, dengan keadaan KDNK per kapita dan sosiekonomi yang terus merosot.”

Tambah UNCTAD lagi, walaupun dengan senario paling optimistik bahawa KDNK boleh berkembang pada sepuluh peratus setiap tahun, KDNK per kapita Gaza masih memerlukan sehingga 2035 untuk kembali ke tahap pra-sekatan pada 2006.

Malah, menurutnya pemulihan ekonomi Gaza daripada konflik semasa memerlukan komitmen kewangan beberapa kali ganda daripada RM18.4 bilion ($3.9 bilion) yang terhasil daripada konflik tahun 2014 di Gaza.

Katanya, ia juga memerlukan usaha bersepadu antarabangsa untuk memulihkan keadaan sosioekonomi sebelum konflik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: