Antarabangsa

140,000 Penduduk Paris Berdemo Bantah Harga Barang Naik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERANCIS, 17 OKTOBER 2022 – Puluhan ribu orang tempatan telah menyertai perarakan bersifat demonstrasi di Paris, meluahkan rasa kekecewaan mereka terhadap kos sara hidup yang semakin meningkat naik.

Mereka juga menzahirkan kekecewaan mereka terhadap harga bahan bakar yang melonjak tinggi setelah berlakunya mogok penapisan yang berlaku di negara tersebut.

Protes besar-besaran tersebut yang berlaku pada Ahad lalu telah diwar-warkan oleh parti pembangkang yang berhaluan sayap kiri dan diketuai oleh ketua parti France Unbowed (LFI), Jean-Luc Melenchon.

Media melaporkan bahawa pihak penganjur mendakwa bahawa penyertaan bagi perhimpunan tersebut adalah seramai 140,000 orang, namun maklumat dari pihak polis pula mengatakan bahawa terdapat kira-kira 30,000 peserta yang turut serta.

Para penguat kuasa telah menggunakan gas pemedih api serta baton bagi menyuraikan para peserta. Sebahagian dari peserta perhimpunan berkenaan mengenakan ves kuning bagi memperingati protes besar-besaran pada tahun 2018.

Penganjur perhimpunan tersebut turut bercadang untuk membina momentum bagi mengadakan perhimpunan yang lebih besar, di mana Melenchon sendiri telah memilih Selasa akan datang sebagai tarikh bagi menjalankan protes besar-besaran itu.

Beberapa kesatuan telah menggalakkan supaya aksi mogok turut dilakukan dengan menjadikan kenderaan di jalan, keretapi serta sektor awam sebagai sasaran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: