Anak Seni

Belum Terlambat Untuk Kerajaan Laksana Segera Sekuriti Makanan di Malaysia – Datuk Rosyam Nor [Bhg Akhir]

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Jun 2022 – Ditanya mengenai kesan isu sekuriti makanan, di mana sekarang banyak negara menyekat eksport serta apakah cadangan dan solusi beliau, Datuk Rosyam Nor berkata, sebenarnya isu sekuriti makanan ini bagi pandangan peribadi sayalah sepatutnya kita dah buat sekuriti makanan ini daripada dulu lagi.

Menurutnya, sungguhpun ada usaha-usaha daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan daripada Kerajaan khasnya untuk buat perkara ini tetapi tidak dilaksanakan dengan baik di peringkat tertentu sehingga objektif tidak dapat dicapai dengan baik.

Jelas beliau, sebab kalau kita tengok satu ketika dulu Kerajaan membantu petani-petani dan penternak-penternak termasuk juga memberikan subsidi-subsidi untuk melaksanakan tetapi kebanyakan projek-projek ini tidak berjaya sepenuhnya.

Ujar beliau lagi, lihat jiran kita seperti Indonesia misalnya, mereka telah melaksanakan sekuriti makanan yang begitu besar berjumlah ratusan ribu hektar untuk sekuriti makanan mereka.

BACA: RON95 Masih Ada Subsidi, Tetapi Kenapa Barang Naik Melampau? – Datuk Rosyam Nor [Bhg. 1]

“Jadi bagi saya sudah sampai masa dan ketikanya dalam keadaan dunia teknologi 4.0 ini apa pun sudah tentu makanan amat diperlukan,” katanya.

Maka, saya berharap secara peribadi supaya pihak Kerajaan memandang berat tentang perkara ini bukan sahaja untuk hari ini, ia adalah untuk masa depan Malaysia bahawa sekuriti makanan ini harus menjadi satu perkara utama dalam pemikiran Kerajaan supaya makanan di negara kita mencukupi bukan sahaja masa sekarang tetapi juga di masa akan datang.

“Jadi saya rasa tidak terlambat lagi kerana Malaysia mempunyai tanah yang begitu luas yang masih lagi belum diterokai untuk pertanian dan wajib dikhaskan untuk sekuriti makanan,” tegasnya.

Justeru, saya juga berharap secara peribadi pihak Kerajaan memainkan peranan yang lebih komprehensif untuk melaksanakan sekuriti makanan di negara kita.

“Tidaklah kita bergantung hidup daripada negara-negara lain untuk membekalkan makanan kepada negara kita yang akhirnya kita terpaksa berdepan dengan kerenah, syarat-syarat dan birokrasi yang tidak masuk akal daripada mereka.”

Keutamaannya, yang saya lihat sekarang ialah Industri Pertanian dan Industri Penternakan di negara kita perlu dimajukan dan harus ditingkatkan secara mendadak dan ini harus diberikan fokus yang begitu tepat dan sejitu-jitunya supaya industri ini akan berkembang baik dari masa ke semasa sekaligus ia dapat menyelamatkan isu sekuriti makanan di negara kita, kelak,” ujar beliau mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: