Antarabangsa

Kerajaan Indonesia Terima Padah Larang Eksport Minyak Sawit

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 18 Mei 2022 – Petani dari Persatuan Kelapa Sawit Indonesia (APSAKINDO) mengadakan demonstrasi serentak di 22 buah daerah seluruh Indonesia semalam berikutan larangan mengeksport minyak sawit.

Ketua Umum Dewan Pimpinan Pusat APSAKINDO, Gulat Manurung mengatakan bahawa larangan mengeksport minyak sawit memberi kesan kepada harga tandan buah segar (TBS) kelapa sawit di seluruh Indonesia.

Menurut Gulat, terdapat lima pesanan yang disampaikan kepada pemerintah antaranya meminta kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo agar membela nasib 16 juta petani berikutan harga TBS yang turun sebanyak 70 peratus di 22 daerah.

Selain itu, mereka juga meminta Jokowi untuk menilai semula larangan mengeksport sawit serta produk minyak sawit kerana ia memberi kesan secara langsung kepada harga TBS.

Bukan itu sahaja, persatuan itu juga meminta Presiden mereka agar memperkukuh jaringan bagi membekalkan mintak sawit khususnya yang bersubsidi dengan melibatkan Tentera Nasional Indonesia (TNI) serta Kepolisian Negara Republik Indonesia (POLRI).

Malah, mereka juga meminta Jokowi agar membuat peraturan dengan memastikan 30 peratus daripada pengurusan dikelola oleh pihak perusahaan besar supaya hal seperti ini tidak berulang lagi.

Akhir sekali, mereka memohon agar presidennya itu meminta Menteri Pertaniannya untuk menyemak semula tentang penetapan harga TBS. Hal ini kerana, harga TBS ketika ini hanya menguntungkan petani yang berganding dengan pihak perusahaan namun petani yang tidak bergandingan dengan pihak perusahaan adalah sebaliknya.

Demonstrasi yang berpusat di Jakarta itu diikuti lebih dari 250 petani sawit serta anak petani sawit yang merupakan ahli dalam Forum Mahasiswa Sawit (FORMASI) Indonesia.

Mengulas lanjut, kata Gulat, petani sawit dari Acheh hingga ke Papua Barat itu hadir dengan pakaian adat masing-masing bagi menunjukkan bahawa sawit itu penyatu bangsa dan anugerah Tuhan kepada Indonesia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: