Larang Hina Nabi: Pihak Berkuasa Tempatan India Roboh Rumah Ulama
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
INDIA, 14 JUN 2022 – Pihak Berkuasa Tempatan Uttar Pradesh (UP) di utara India telah merobohkan rumah beberapa penduduk Islam di sana yang didakwa terlibat dalam ‘protes agama’.
Protes itu dipercayai tercetus apabila dua bekas pemimpin parti nasionalis, Bharatiya Janata Party (BJP) mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W.
Mereka mendakwa protes itu bertukar ‘ganas’ di beberapa negeri sekitar Utara India apabila orang ramai mula bertindak luar kawalan, merosakkan harta benda.
Lebih mengejutkan apabila Pihak Berkuasa di sana seakan-akan cuba untuk menimbulkan provokasi dengan merobohkan kediaman milik ulama Islam yang terlibat dalam himpunan bantahan berkenaan.
Difahamkan arahan untuk merobohkan rumah-rumah penduduk Islam tersebut dikeluarkan oleh Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adiyanath.
Perobohan itu mencetuskan kecaman daripada pemimpin pembangkang yang menuduh kerajaan negeri, diketuai oleh Ketua Menteri Yogi Adityanath sengaja menyasarkan masyarakat Islam minoriti di sana.
Ini bukan kali pertama Uttar Pradesh dan beberapa negeri lain dalam pemerintahan BJP merobohkan kediaman untuk menyasarkan penunjuk perasaan yang didakwa melakukan keganasan.
“Anda tak adil ‘menghukum’ rakyat dan tidak mengikut sebarang proses yang sewajarnya, ia bukan sahaja telah melanggar undang-undang tetapi meletakkan masa depan negara dalam bahaya..” Kata Ashhar War, seorang peguam kanan kepada BBC sebelum ini.
Dalam protes itu, seramai lebih 300 orang Muslim telah ditahan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.