Anak Seni

Satu Kebodohan Biarkan Kartel Dan Integrator Memonopoli Bisnes Ayam – Jalil Hamid [Bhg. 1]

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Jun 2022 – “Sebenarnya masalah ayam ini perlu dipandang sangat penting kerana ia merupakan makanan yang masuk ke dalam tubuh badan kita,” ujar penyanyi, pelakon dan pelawak veteran yang terkenal satu ketika dulu dengan lagu “Ayam”, Jalil Hamid.

Ujar beliau, industri ini juga antara rangkaian terbesar dan tentang bagaimana kaum Cina memonopoli perusahaan ayam di negara kita, sampaikan ke anak ayam yang diperlukan pun kena beli dengan mereka.

“Inilah satu kebodohan kerajaan sebab diberi kepada orang-orang Cina sahaja kemudian dibiarkan dan tidak dijaga betul-betul,” katanya.

Sepatutnya, bila AP diberikan kepada mereka maka tidaklah dibawa masuk satu jenis ayam sahaja, walhal dalam dunia ini punyalah banyak baka-baka ayam yang baik.

“Sebab itu, saya tak terkejut pun apabila baru-baru ini, ada gambar MAFI jumpa player utama ayam di Malaysia dan semuanya Cina, langsung tiada Melayu Bumiputera,” ujarnya.

Beliau berkata, mereka inilah yang menguasai lebih 70 peratus sehingga 80 peratus dari pengeluaran ayam di seluruh Malaysia.

Jelasnya, kebanyakan penternak tahu bahawa mereka inilah merupakan antara integrator utama ayam di Malaysia.

“Maksud integrator ni, mereka sediakan anak ayam, mereka sediakan dedak ayam, dan mereka ikat kontrak dengan penternak ayam.”

“Kemudian apabila ayam sudah capai tempoh matang, mereka akan membeli semula ayam daripada penternak itu.”

Ujarnya lagi, volume ayam mereka bukan sedikit, mana tidaknya setiap satu syarikat mungkin mengikat kontrak berpuluh juta ekor ayam dalam satu musim dengan semua penternak.

“Ada di antara mereka yang langsung tak ada reban ayam dan ayam yang mereka ada, semua dari penternak sahaja.”

“Mereka hanya bertindak sebagai orang tengah sahaja kemudian akan menjual ayam kepada peruncit, pemborong dan pasaraya ayam di seluruh Malaysia,” katanya.

Persoalannya, mengapa tiada Melayu dalam penguasaan pasaran ayam ini?

Nantikan sambungan Bahagian 2 esok: Mengapa Tiada Melayu Dalam Penguasaan Pasaran Ayam – Jalil Hamid [Bhg. 2]” di samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: