Antarabangsa

Pelancong Asing Risau Indonesia Jenayahkan Seks Luar Nikah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 08 Disember 2022 – “Undang-undang itu merupakan ‘langkah terbaik’ untuk musnahkan sektor pelancongan di Bali’,” demikian kerisauan yang dikongsikan seorang pelancong berkenaan undang-undang Indonesia yang menetapkan hubungan seks luar nikah sebagai jenayah.

Menurut laporan media tempatan, undang-undang yang turut termaktub kepada pelancong asing yang memasuki atau bekerja di negara itu menimbulkan kegusaran rakyat Australia kerana sektor pelancongan Indonesia ‘banyak bergantung’ kepada pelancong dari negara berkenaan.

Susulan itu, kebanyakan warga Australia dan pelancong asing yang lain mula membincangkan relevan undang-undang berkenaan untuk mereka.

Dalam pada itu, majoriti rakyat Indonesia pula membantah langkah Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) meluluskan Draf Kanun Jenayah (RKUHP) menjadi undang-undang.

Mereka menyifatkan draf yang diperkenalkan sejak era Hindia Belanda itu tidak lagi relevan dengan situasi semasa di Indonesia kini.

Seorang pemandu pelancong di Bali pula, turut mengutarakan kebimbangan berkenaan undang-undang tersebut yang boleh memberi impak kepada kerjayanya dalam sektor pelancongan dengan menegaskan, kod undang-undang tersebut boleh memburukkan sektor pelancongan di seluruh Indonesia.

Jelasnya, ramai pelancong asing akan pergi ke tempat lain berbanding Indonesia kerana mereka tidak ‘sewenang-wenangnya’ membiarkan diri mereka dipenjara jika ditangkap bersekedudukan bersama pasangan yang belum berkahwin.

Samudera.my sebelum ini melaporkan berkenaan keputusan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang telah meluluskan undang-undang hubungan seks luar nikah sebagai jenayah di Indonesia, selasa lalu.

“Undang-undang berkenaan bukan sahaja tertakluk kepada rakyat Indonesia bahkan juga ke atas pelancong warga asing.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: