Antarabangsa

Indonesia Nafi Buka Hubungan Diplomatik Dengan Rejim Haram Aparteid Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 22 September 2022 – Kementerian Luar Indonesia menafikan laporan sebuah portal berita mengenai pembukaan hubungan diplomatik negara itu dengan rejim haram aparteid Israel baru-baru ini.

Menurut agensi media Indonesia, portal berita rejim haram apartheid Israel, Jerusalem Post melaporkan bahawa Jakarta menghantar delegasi ke Israel untuk lawatan rahsia malah dikatakan hubungan kedua-dua negara semakin rapat dengan kerjasama perdagangan dan pelancongan yang berkembang.

Kementerian Luar Indonesia menegaskan bahawa penerbitan palsu seperti yang dilakukan itu mencerminkan cara lama media rejim haram aparteid Israel memperoleh keuntungan.

“Selagi Palestin di bawah penjajahan Israel, Indonesia tidak akan membuka hubungan diplomatik dengan Israel. Ini tidak pernah berlaku dan pendirian Indonesia akan sentiasa sama,” ujar Pengarah Timur Tengah Kementerian Luar, Bagus Hendraning Kobarsyih mengenai dakwaan tersebut.

Katanya, media rejim haram Israel sering mencipta berita tidak berasas untuk merangka sesuatu isu bersesuaian dengan kepentingannya.

Sementara itu, jurucakap kementerian luar negara tersebut, Teuku Faizasyah memaklumkan, beliau tidak dapat mengenalpasti pegawai yang disebut di dalam artikel berkenaan sekali gus menegaskan bahawa kedudukan Indonesia konsisten dan berterusan membawa penyelesaian dua negara sebagai langkah menamatkan konflik rejim haram Israel-Palestin.

Indonesia merupakan negara pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Palestin selepas pengisytiharan negara Palestin di Algeria pada 15 November 1988. Kedua-dua negara menandatangani perjanjian hubungan diplomatik pada 19 Oktober 1989 bersamaan dengan pembukaan Kedutaan Besar Negara Palestin di Jakarta.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: