Terkini

Bayaran Tanpa Tunai Di Fasiliti KKM Mula 1 Oktober Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 28 Julai 2022 – Pembayaran tanpa tunai (cashless) di semua fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti klinik kesihatan (KK) dan hospital Kerajaan akan dilaksanakan mulai 1 Oktober 2022 ini.

Walau bagaimanapun, bayaran secara tunai masih diterima sekiranya pelanggan tidak mempunyai kad ATM/debit atau kad kredit atau e-dompet, tegas KKM dalam satu kenyataan di Twitter.

Tambah KKM, pembayaran tanpa tunai ini dilaksanakan selaras dengan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia 2021 yang menetapkan supaya semua agensi pada peringkat Persekutuan dan Negeri perlu menggunakan pembayaran tanpa tunai sebagai pilihan kaedah transaksi yang lebih berkesan menjelang tahun 2022.

“Pelan Antirasuah KKM 2021-2022 juga telah menggariskan inisiatif bayaran tanpa tunai di fasiliti kesihatan KKM untuk mengelakkan ketirisan hasil Kerajaan,” kata KKM lagi.

Pekeliling Ketua Setiausaha KKM menyebut, semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) perlu mengambil langkah bagi kelancaran inisiatif berkenaan, antaranya memastikan sekurang-kurangnya 95 peratus transaksi terimaan tanpa tunai di setiap fasiliti masing-masing serta mengenal pasti Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi pelaksanaan terimaan bayaran tanpa tunai menggunakan Terminal Point of Sale (TPOS) dan DuitNow.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: