Tempatan

Kini Penderma Organ Hanya Perlu Mendaftar Di MySejahtera

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 10 September 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini telah menambah ciri di dalam aplikasi MySejahtera iaitu ‘Organ Donor Pledge’, pendaftaran atas talian sebagai penderma organ.

Melalui hantaran di Twitter, orang ramai boleh mendaftarkan diri dan berikrar sebagai penderma melalui aplikasi MySejahtera mulai 6 September 2022 dengan kemaskini terbaharu aplikasi tersebut.

Penderma yang membuat pendaftaran akan menerima kad digital selepas berjaya mendaftar sebagai tanda telah menjadi penderma organ yang sah.

KKM juga memaklumkan bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ semakin meningkat setiap tahun, namun bilangan pengikrar yang menderma masih rendah.

Justeru, KKM menyeru orang ramai tampil dan mendaftar menjadi penderma organ dengan menggunakan ciri terbaharu ‘MySejahtera: Ikrar Derma Organ’ bagi membantu insan yang memerlukan.

“Layari laman sesawang Derma Organ di http://dermaorgan.gov.my untuk maklumat lanjut berkenaan Program Derma Organ ini. Sebarang isu atau masalah, sila hubungi meja bantuan interaktif melalui aplikasi MySejahtera atau layari https://helpdesk.mysejahtera.malaysia.gov.my/en/support/solutions.”

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mendedahkan bahawa kadar pendermaan organ dalam kalangan rakyat Malaysia adalah antara 10 negara yang terendah di dunia.

Berdasarkan Cerapan Derma dan Pemindahan Organ Global, kadar transplantasi di Malaysia hanya 2.84 pembedahan bagi sejuta populasi pada tahun lalu berbanding 5.64 pembedahan dalam 2020.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: