Tempatan

Waktu Operasi Klinik Kesihatan Sehingga Jam 10 Malam – Timbalan Menteri Kesihatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 27 Julai 2022 – Operasi beberapa buah klinik kesihatan Kerajaan (KK) di Lembah Klang akan dilanjutkan sehingga pukul 9 atau 10 malam setiap hari.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, lanjutan operasi itu bertujuan untuk mengurangkan kehadiran pesakit di wad kecemasan (ED) hospital terutama bagi mereka yang tiada keperluan serius untuk menerima rawatan segera.

“Tidak semua yang datang ke ED itu perlu duduk di Zon Merah (kritikal). Tujuan lanjutan waktu operasi itu bagi mengurangkan beban ED di hospital,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kualiti dan Penyelidikan Pakar Diet Kementerian Kesihatan Ketiga (DQRC 2022) semalam.

Tambahnya, pengoperasian ini akan diteruskan mengikut keperluan semasa.

“Ketika ini, kita sedang menjalankan pengoperasian di luar waktu pejabat di beberapa klinik kesihatan di Kuala Lumpur dan Selangor sehingga waktu malam.”

Bagi waktu bertugas pula, kakitangan terpilih akan bertugas mengikut syif.

Pengoperasian luar waktu pejabat ini pernah dilaksanakan sebelum ini namun dihentikan ekoran pandemik COVID-19.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa beberapa buah klinik kesihatan di Putrajaya dan Lembah Klang dilanjutkan waktu operasi kepada jam 10 malam (extended hours) termasuk hari minggu dan hari kelepasan am berikutan peningkatan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) membabitkan kes COVID-19 di seluruh negara.

“Ini membabitkan Klinik Kesihatan Kuala Lumpur dan Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9 bermula pada 3 Julai lalu.”

“Pemanjangan waktu operasi itu turut diperluas di Selangor sejak 6 Julai lalu, khususnya sekitar Lembah Klang membabitkan Klinik Kesihatan Pandamaran, Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi dan Klinik Kesihatan Taman Ehsan sehingga jam 9 malam pada hari biasa dan sehingga 3 petang pada hujung minggu dan cuti kelepasan am,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: