Tempatan

KKM Sahkan Kes Demam Denggi Meningkat Sehingga 125.8 Peratus

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa jumlah kes demam denggi telah meningkat sehingga 125.8 peratus pada tahun ini, lapor sebuah portal berita tempatan.

Menurut Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, bagi tempoh 16 hingga 22 Oktober lalu, jumlah demam denggi meningkat sehingga 9.3 peratus sekali gus menjadikan jumlah kes sebanyak 1,614.

Jelas beliau, perkembangan itu menjadikan kes kumulatif demam denggi terkini sebanyak 48,109 kes berbanding 21,308 kes dalam tempoh yang sama bagi tahun 2021.

Bukan itu sahaja, jumlah kematian juga meningkat kepada 13 kematian (81.3 peratus) menjadikan jumlahnya sebanyak 29 kematian berbanding tahun lalu yang hanya mencatatkan 16 kematian dalam tempoh yang sama, kata beliau dalam satu kenyataan.

Awal bulan lalu, samudera.my pernah melaporkan bahawa Selangor telah mencatatkan bilangan kes denggi tertinggi dengan mencatatkan 748 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-39 iaitu bermula pada 25 September hingga 1 Oktober 2022.

Bulan lalu juga, Pulau Pinang telah mencatatkan peningkatan kes sebanyak 93.2 peratus bersamaan dengan 595 kes.

Menurut EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud, trend penularan kes denggi dijangka akan terus meningkat pada akhir Disember ini dan berterusan hingga Januari 2023.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: